leh la curi

Jumaat, 8 Julai 2011

Nasihat Ibu

zoom a

Inilah nasihat daripada ibu,
Dengarlah engkau wahai anakku,
Sematkanlah di dalam hatimu,
Jadikan pedoman ingatlah selalu.

Patuhlah kepada ibu bapa,
Nescaya selamat hidup di dunia,
Itulah juga pedoman utama,
Petunjuk jalan ke pintu syurga.

Amal ibadat jangan lupakan,
Barulah hidup dikasihi Tuhan,
Jikalau ibadat selalu diabaikan,
Ibarat hidup dalam kegelapan.

Jadilah orang berakhlak mulia,
Nescaya dikasihi semua manusia,
Jikalau akhlak rosak binasa,
Kelak hidup menjadi hina.

Hendaklah gigih mencari ilmu,
Dengarlah segala nasihat guru,
Penuhkan ilmu di dalam dadamu,
Barulah hidup menjadi maju.

Taburkan bakti berbuat kebajikan,
Berikan pertolongan sesama insan,
Kelak di akhirat memperoleh balasan,
Mendapat rahmat daripada Tuhan.
 

1 ulasan: