leh la curi

Jumaat, 8 Julai 2011

Nasihat Ibu

zoom a

Inilah nasihat daripada ibu,
Dengarlah engkau wahai anakku,
Sematkanlah di dalam hatimu,
Jadikan pedoman ingatlah selalu.

Patuhlah kepada ibu bapa,
Nescaya selamat hidup di dunia,
Itulah juga pedoman utama,
Petunjuk jalan ke pintu syurga.

Amal ibadat jangan lupakan,
Barulah hidup dikasihi Tuhan,
Jikalau ibadat selalu diabaikan,
Ibarat hidup dalam kegelapan.

Jadilah orang berakhlak mulia,
Nescaya dikasihi semua manusia,
Jikalau akhlak rosak binasa,
Kelak hidup menjadi hina.

Hendaklah gigih mencari ilmu,
Dengarlah segala nasihat guru,
Penuhkan ilmu di dalam dadamu,
Barulah hidup menjadi maju.

Taburkan bakti berbuat kebajikan,
Berikan pertolongan sesama insan,
Kelak di akhirat memperoleh balasan,
Mendapat rahmat daripada Tuhan.
 

Bumi Tercinta

zoom-a

Indah sungguh bumi tercinta,
Aman tenteram makmur sekata,
Dihormati disanjung pelbagai negara,
Sentiasa berusaha menghindar sengketa.

Rakyat hidup berpadu sentiasa,
Tiada sengketa tiada prasangka,
Bebas bergerak ke mana-mana,
Tanpa takut musuh durjana.

Hasil mentahnya banyak sekali,
Sawit, petroleum, juga gas asli,
Negara luar ingin membeli,
Untuk diproses dijual kembali.

Rakyat banyak sumbang tenaga,
Kereta nasional turut dicipta,
Banyak ditempah merata-rata,
Anak watan pastilah bangga.

Bangunan tertinggi berdiri megah,
Tempat pelancongan amatlah indah,
Negara makmur serba mewah,
Malaysia kini berdiri gagah.

Kemajuan dicapai terus meningkat,
Banyak pelancong telah terpikat,
Dari jauh mahupun dekat,
Itulah rahmat membawa berkat.